Wednesday, December 22, 2010

7 Keajaiban Dunia Masa Kini....




Pada 7 Julai 2007 dunia telah menerima tujuh keajaiban baru. Tepatnya, di Lisbon, Portugal, daftar tujuh keajaiban baru itu telah diumumkan. Lembaga independen New Open World Corporation (NOWC) yang bertanggung jawab untuk mengumumkan tujuh keajaiban baru ini. Sejak 2006 lalu, NOWC yang dipimpin Bernard Weber ini mengumpulkan ratusan bangunan bersejarah maupun moden untuk kemudian dikompetisikan menjadi tujuh keajaiban dunia baru. Cara pemilihannya sangat unik, NOWC mengajak seluruh dunia melakukan undian memilih bangunan dan tempat bersejarah mana layak menempati daftar tujuh keajaiban dunia baru. Pilihan ini benar-benar sulit, kerana semuanya memang mempunyai sejarah yang kuat dan unik. Sistem penilaian yang digunakan memang mempunyai cara tersendiri. 21 bangunan telah layak ke peringakt akhir. 7 daripadanya telah dinobatkan sebagai 7 keajaiban dunia yang baru.
     
  7 Keajaiban Dunia Masa Kini
  1. Tembok Besar China, China.
  2. Istana Taj Mahal, India.
  3. Arena Colloseum Rom, Itali.
  4. Runtuhan Machu Picchu, Peru.  
  5. Candi Chichen Itza, Mexico.
  6. Kota Petra, Jordan.
  7. Monumen Jesus, Brazil.


Tembok Besar China, China.
                                               
            Tembok Besar China, merupakan kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad Ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming untuk melindungi China daripada serangan puak Mongol dan Puak Turkic. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-13sm terhadap perompak puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia.Panjang tembok ini ialah 6,700 km, daripada Shanhai Pass sehingga ke Teluk Bohia di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang.
           
             Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Qin Shi Huang iaitu Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar China asalnya terletak lebih di utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara. Sebahagian besar tembok pertama ini sudah musnah. Banyak petani di sekitar Tembok Besar China mencungkil bahagian-bahagian tembok itu untuk mendirikan rumah mereka.Kerajaan Cina telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, tembok ini juga digelar 'kubur terpanjang di dunia'. Memurut angkasawan China, Tembok Besar China ini boleh dilihat dari bulan membentuk lingkaran seperti seekor Naga.




Istana Taj Mahal, India.
      
        Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Juma, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666)sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648. Taj Mahal kadang-kadang dipanggil 'Taj' sahaja adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki, India dan dan gaya senibina Islam.Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain.
            Ustaz mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal,topaz dan nilam telah digunakan. Pembinaan Taj Mahal menelan masa sebanyak 22 tahun. Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia menggunakan 1000 ekor gajah. Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukum pancung kepada Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua tukang yang terlibat dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang menandingi Taj Mahal.


Arena Colloseum Rom, Itali.
                                   
            Colosseum adalah sebuah peninggalan sejarah berupa gedung  pertunjukan yang besar/amphitheatre yang termasuk salah satu dari “Tujuh Keajaiban Dunia Pertengahan.” Terletak di Ibukota Negara Italia, Rom yang asalnya bernama “Flavian Amphitheatre”, didirikan oleh Raja Vespasian dan diselesaikan oleh anaknya Titus.Mengenai tahun pembuatannya sampai saat ini masih ada perbezaan pendapat. Ada yang berpendapat bahwa Colosseum dibina pada tahun 79 SM (sebelum masehi), ada juga yang berpendapat bahwa dibina antara tahun 70-82 SM (sesudah masehi).
           
          Nama Colosseum berasal dari sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40 m yang bernama Colossus. Patung Colossus dibuat sebagai pengganti Nero sebagai perumpamaan dari Sol, dewa matahari, dengan menambahkan mahkota matahari. Beberapa ahli sejarah percaya bahwa pembinaan Colosseum dibiayai dengan cara merampok kuil besar di Jerusalem oleh suruhan Raja Herod pada tahun 64 SM. Dio Cassius seorang ahli sejarah mengatakan bahawa ada sekitar 9000 haiwan buas yang telah terbunuh sepanjang 100 hari perayaan perasmian dan pembukaan Colosseum.Colosseum merupakan seni bina yang hebta dan agung ciptaannya sehingga kini ia menjadi ikutan kepada pembinaan semua stedium di dunia.


Runtuhan Machu Picchu, Peru.
                                    

            Machu Picchu adalah sebuah lokasi runtuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pegunungan Andes, Peru pada ketinggian sekitar 2.350 m. Machu Picchu berada di atas lembah Urubama di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Tempat ini kembali ditemukan oleh arkeologi dari Universiti Yale Hiram Bingham III, pada 1911. Kedudukannya 43 batu ke barat laut Cuzco, betul-betul di hujung rabung, secara semula jadi terlindung dari gaung Urabamba. Di sekelilingnya, kawasan yang dilitupi hutan belukar, bekas tanah pertanian era pra-Colombo.
            Namanya membawa maksud ‘puncak tua’ dan dipercayai masyarakat setempat sebagai kediaman elit dan golongan agama pada suatu ketika dulu. Ia dibina antara 1460 dan 1470 sebelum masihi oleh pemerintah Inca, Pachacuti Inca Yupanqui.Bandar itu terletak pada ketinggian 8,000 kaki dengan Sungai Urubamba mengalir di bawahnya. Ahli sejarah percaya lokasinya memungkinkan ia berfungsi sebagai pusat pentadbiran, komersial dan pertahanan. Selepas kematian Pachacuti, Machu Picchu menjadi hartanah kaum keluarganya, yang kemudian menyelia dan menyelenggara sebarang pembangunan baru bandar itu.


Candi Chichen Itza, Mexico.
                       
            Chichen Itza adalah suatu tempat Peradaban Maya di Mexico pada abad 800SM. Piramida Kukulcandi kompleks situs bersejarah ini dipercaya sebagai pusat kegiatan politik dan ekonomi peradaban bangsa Maya yang terletak di Semenanjung Yucatan(kini wilayah Mexico). Itza merupkan titik tengah kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang. Chichen Itza merupakan peninggalan suku Maya yang paling lengkap serta masih terjaga dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangun antara tahun 502-522 M. Suku Maya hanya menempatinya selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Namun versi lain mengatakan, Chichen Itza dibangun sekitar 800 tahun sebelum masehi.
            Chichen Itza merupakan simbol pemujaan dan ilmu pengetahuan. Chichen Itza didirikan raja suku Toltec bernama Quetzalcoatl yang datang ke Semenanjung Yukatan bersama pasukannya. Suku Indian Maya yang mendiami kota itu mempersembahkan jed, seramik, dan bahkan manusia untuk dimasukkan dalam sumur itu. Persembahan itu diberikan saat kekeringan melanda. Persembahan kadang-kadang berupa gadis-gadis muda untuk dimasukkan hidup-hidup ke dalam sumur itu. Nama Chichen Itza berarti ''di bibir mata air rakyat'' dalam bahasa Indian setempat. Dengan demikian, Chichen Itza berkembang menjadi pusat pemerintahan dan ekonomi kebudayaan Maya.


Kota Petra, Jordan
                             
          Kota Petra atau dalam bahasa  Arabnya al-Bitrā  adalah sebuah arkologi di Jordan yang terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Yordania. Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'. Petra merupakan simbol teknik dan perlindungan.Kata ini merujuk pada bangunan kotanya yang diperbuat dari batu-batu di Wadi Araba, sebuah lembah di Jordan. Kota ini didirikan dengan menggali dan mengukir batu setinggi 40 meter. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean.
            Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir. Suku Nabatean membangun Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, sehingga mencegah banjir mendadak. Mereka juga memiliki teknologi Haidrolik untuk mengangkat air. Terdapat juga sebuah teater yang mampu menampung 4,000 orang. Kini, Istana Makam Hellenistis yang memiliki tinggi 42 meter masih berdiri megah di sana. Jalan dan lorong-lorong kecil di celah curam gunung menjadikan pemandangan di situ cukup indah, sehingga mendorong Steven Spielberg memilihnya sebagai lokasi bagi filem Indiana Jones and the Last Crusade.


Monumen Jesus, Brazil.
                       
             Monumen Jesus adalah patung Yesus Kristusyang dihasilkan mengikuti senibena Art Deco adalah monumen terbesar dan terdapat di Rio de Janerio, Brazil. Patung memiliki tinggi 38 meter dan terletak di puncak dari Gunung Corcovado yang  tingginya 710 m di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke kota Rio. Patung ini menjadi simbol umat Kristian, dan menjadi simbol kebanggaan kota. Tangan patung ini yang terbuka dilihat banyak orang sebagai tanda dari kehangatan penduduk Brasil.Gagasan untuk membangun sebuah patung yang besar di puncak Corcovado telah muncul sejak pertengahan 1850-an, ketika imam Katolik Pedro Maria Boss  meminta dana dari Puteri Isabel untuk membangun sebuah monumen keagamaan yang besar.
Puteri Isabel tidak menanggapi gagsan itu, yang kemudian sama sekali dilupakan pada 1889, ketika Brazil menjadi republik, dengan undang-undang yang memberikan kuasa penuh kepada greja untuk melaksanakan pembinaan monumen ini."Patung Jesus" termasuk sebuah representasi dari salib Kristian, sebuah patung Yesus dengan bola duniadi tangannya, dan sebuah pedestal yang melambangkan dunia. Akhirnya patung Jesus Sang Penebus dengan tangan yang terbuka yang dipilih.Pembinaan monumen ini telah dibina bermula pada tahun 1926 hingga 1931 dan dibuka kepada orang ramai pada Oktober 1931. Ketua biskop Cardinal Eusebio Oscar Scheid telah mendirikan gereja kecil bagi membolehkan penganut-penganut Katolik melaksanakan upacara perkahwinan di bawah monumen ini.

No comments:

Post a Comment